H̷ebat adik ni! Dalam Diam Kumpul Duit B̷elanja S̷ek̷olah D̷emi T̷ol̷ong Kawan Bayar Yuran Kafa… Tak Sanggup Lihat Sahabat B̷erh̷enti S̷ek̷olah
“Ayah, boleh tak bagi Rm20” setelah diselidik, rupanya untuk genapkan duit simpanan bagi menolong rakannya bayar yuran kafa.
Di mana pun kita berada, semestinya walaupun tak ramai tapi mesti akan ada seseorang yang bernama sahabat akan ada dengan kita di kala susah atau senang. Lebih-lebih lagi ketika di bangku sekolah, hidup tidak akan menjadi hambar bila adanya sahabat. Menjadi sunyi bila sehari mereka tidak hadir ke sekolah. Apatah lagi buat selama-lamanya!
Itulah yang terjadi oleh seorang anak ini apabila teman rapatnya mahu berhenti sekolah sebab tak mampu untuk bayar yuran. Perkara itu dikongsikan oleh bapanya di Facebook miliknya, bahawa anaknya sanggup membuat simpanan untuk membantu membayar yuran tersebut.
“Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80. Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.
“Menurut Nasaie Ismail , anaknya, Yusuf telah memaklumkan mengenai hasrat untuk membantu rakan sebayanya sejak sebulan yang lalu. Bagaimanapun, Yusuf tidak bercerita lanjut mengenai latar belakang rakannya itu.” tulisnya.
“Dalam diam, Yusuf telah mengumpulkan duit perbelanjaan sekolah hariannya dan duit yang diberikan oleh ahli keluarga. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.
Sebagai bapa, Nasaie mengakui sangat gembira melihat anak lelakinya mahu membantu rakan dalam kesusahan, sambil menambah anak-anaknya terpengaruh dengan budaya saling bantu-membantu sewaktu mereka sekeluarga berada di Australia selama beberapa tahun.
Menurutnya, tiga anaknya yang pertama pernah bersekolah di Melbourne sejak 2015 hingga 2018 sewaktu dia menyambung pengajian di negara kanggaru itu.
“Membantu, cakna terhadap orang sekeliling memang jadi budaya yang sangat mendalam di Australia, dan budaya itu dibawa balik ke Malaysia.
“Ada saja benda yang anak-anak fikir nak tolong orang,” katanya yang menyifatkan Yusuf sebagai anak yang lemah-lembut, paling penyabar dan suka menolong adik-beradiknya. Menurut Nasaie lagi, dia juga terkesan dengan sikap baik yang ditunjukkan anaknya itu.
“Alhamdulillah Yusuf dah bayar dan rakan dia sangat gembira. Kadang-kala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama terutama dalam akademik.
“Bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak-anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut,” katanya.
“Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik. Bukan semua anak-anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.” tambahnya.
Meneliti di ruangan komen, rata-rata memuji sifat baik adik yusuf kerana sanggup berkorban demi sahabat baiknya itu. Tidak kurang juga pujian diberikan buat ibu ayah yang berjaya didik anak ini sehingga mampu untuk membantu orang lain sehingga ke tahap ini.





Sumber: Nasaie Ismail
